KUALA SELANGOR 9 Nov. – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengecam kegagalan Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) bertindak ke atas kontroversi senarai ahli PKR Cabang Julau, yang secara tiba-tiba keahliannya mendadak dengan drastik. Mohamed Azmin yang nasibnya bakal diputuskan di Julau, sama ada dapat mempertahankan kedudukannya atau tidak berkata, kegagalan Saifuddin dan JPP bertindak bakal menjahanamkan PKR kerana segala…










