KUALA TERENGGANU 1 Nov. – Kerajaan negeri berharap kontroversi pengadilan dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2018 menjadi pengajaran bagi memastikan tidak berulang kerana boleh menjejaskan reputasi kejohanan berprestij itu dan kemeriahannya. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) dan skuad TFC yang akur dengan kekalahan itu tidak akan mengheret kontroversi berpanjangan. Beliau sebaliknya berharap Persatuan…










