BN tinggal dua kerusi di Kedah - Utusan Malaysia

BN tinggal dua kerusi di Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Chempedak, Datuk Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail membuat keputusan untuk keluar UMNO dan menjadi wa­kil rakyat Bebas yang menyokong kerajaan negeri diterajui Pakatan Harapan (PH).

Ku Abdul Rahman, 62, berkata, keputusan untuk melepaskan keahlian dalam UMNO amat sukar dan ia dibuat demi kepentingan penduduk di DUN Guar Chempedak seterusnya pembangunan negeri Jelapang Padi.

Kata beliau, keputusan tersebut juga dilakukan berdasarkan senario politik semasa termasuk kes-kes mahkamah dihadapi pemimpin kerajaan terdahulu yang memberikan imej tidak elok kepada parti.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), kita kecewa dengan kekalahan Barisan Nasional (BN) tetapi saya tidak buat keputusan keluar UMNO pada ketika itu kerana yakin parti akan kembali kuat, bersatu dan bangkit,” katanya ketika ditemui selepas persidangan DUN di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN