AWANG menyambut baik ketegasan kerajaan yang tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang cuba menjejaskan keamanan dan keharmonian negara. Kerajaan tidak boleh bersikap berat sebelah terhadap sesiapa juga yang didapati melanggar undang-undang. Memang benar demokrasi memberi kebebasan untuk bersuara tetapi ada batasnya. Mereka boleh bercakap, menulis dan melapor pelbagai peristiwa tetapi jangan sampai menghasut sehingga akhirnya menimbulkan rasa tidak puas hati atau kemarahan kaum. Cukuplah insiden rusuhan di Kuil…