SEBAGAI rakyat Malaysia, Awang bersyukur kerana Belanjawan 2019 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng semalam masih mengekalkan reputasi kerajaan menyediakan bajet yang prihatin dan berorientasikan rakyat. Rupa-rupanya masih ada goodies atau habuan untuk rakyat di sebalik cakap-cakap hutang negara menimbun lebih RM1 trilion, ekonomi suram serta kes-kes pendakwaan melibatkan penyelewengan berbilion ringgit oleh kerajaan terdahulu. Antaranya, kerajaan Pakatan Harapan akan meneruskan dan menambah baik Bantuan Sara Hidup (BSH)…










