KETIKA pemimpin-pemimpin Melayu khususnya dalam UMNO, DAP, Pas dan Bersatu secara terbuka menentang sebarang langkah meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), dua ADUN DAP muncul membuat kenyataan bersama meminta parti tersebut menyokong ICERD. Awang tidak tahu apakah motif kedua-dua ADUN tersebut membuat kenyataan sedemikian tetapi apa yang pasti orang Melayu sudah menyatakan bantahan secara terbuka sama ada mewakili parti politik atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Oleh itu…










