Bina sejuta rumah mampu milik - Utusan Malaysia

Bina sejuta rumah mampu milik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMENYIH – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi jaminan bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) komited untuk menunaikan janji menyediakan sejuta unit rumah mampu milik untuk rakyat dalam tempoh 10 tahun memerintah negara.

Meskipun mengakui timbul kekhuatiran untuk melaksanakannya, tegas beliau, janji tersebut telah dibuat dan perlu ditunaikan.

“Apabila PH mengambil alih kerajaan, kita telah berjanji untuk membina sejuta rumah. Ia bukan satu angka kecil.

“Buat janji memang mudah terutama semasa pilihan raya tetapi untuk tunai janji tidak semudah membuat janji,” katanya semasa berucap sebelum melancarkan program FundMyHome.com di Eco World Gallery@Eco Majestic di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN