ADA dua perkara yang dipesan oleh penyelia tempat penulis bertugas di awal karier sebagai penyiar (penerbit rancangan/juruhebah/pengulas) di Jabatan Penyiaran (RTM) lebih 30 tahun lalu. Pertama: “Jangan jadikan sebagai tempat latihan apabila kamu bersiaran di udara.” Dan kedua: “Biar pandai, tetapi jangan memandai.” Dua pesanan ini amat berharga dan penuh makna. Pesanan itu penulis sematkan di hati sehingga hari ini. Elok juga bagi penyiar-penyiar muda menghayati dua pesanan berkenaan bagi…










