ISLAM menggalakkan umatnya bekerja dan berusaha, sebaliknya melarang daripada bersikap malas dengan hanya meminta-minta. Larangan ini banyak disebut di dalam al-Quran dan hadis yang menegah umat Islam menjatuhkan maruah diri dengan hanya mengharapkan simpati serta ihsan orang lain sahaja. Nabi SAW mengingatkan perkara ini dengan sabdanya dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh Hakim bin Hizam r.a. bahawa Baginda bersabda: “Tangan yang di atas (yang memberi) adalah lebih baik daripada tangan yang…








