Bersatu Arau saran Wan Saiful kekal sebagai penasihat khas Maszlee - Utusan Malaysia

Bersatu Arau saran Wan Saiful kekal sebagai penasihat khas Maszlee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU 6 Nov. – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Arau menyarankan Wan Saiful Wan Jan kekal sebagai Penasihat Khas kepada Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik.

AMMAR HASSAN
AMMAR

Ketua Penerangan Bersatu Arau, Dr. Ammar Hassan berkata, pengalaman dan kepakaran Wan Saiful masih diperlukan bagi membantu Maszlee memperkasakan dasar pendidikan negara.

Katanya, sepanjang lima bulan memegang jawatan itu, Wan Saiful banyak membantu dan bersama Menteri Pendidikan ke arah reformasikan pendidikan.

“Tugas Penasihat Khas Menteri Pendikan lebih besar agendanya dan penting berbanding sebagai Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), yang hanya fokus kepada masuk dan keluar duit semata-semata.

“Beliau (Wan Saiful) tidak boleh tinggalkan sahabatnya (Dr. Mazlee) untuk merealisasikan tugas dan amanah besar tersebut. Tugas penasihat khas juga penting untuk menguruskan pemikir-pemikir pendidikan dalam dan luar negara sebagai platform menasihat menteri dan Kementerian Pendidikan melaksanakan reformasi Institusi,” katanya, di sini hari ini.

Semalam akhbar melaporkan Wan Saiful yang juga Bendahari Bersatu Bahagian Arau telah meletak jawatan sebagai Penasihat Khas kepada Menteri Pendidikan.

Bagaimanapun, Wan Saiful menafikan bahawa peletakan jawatan ini adalah kerana perbezaan pendapat dengan Maszlee.

Tambah Ammar, Wan Saiful berpengalaman belajar di luar negara dan pernah terlibat dengan pentadbiran di England selain bertugas di Singapura.

“Seterusnya kami juga menyeru Mazlee agar tidak menerima peletakan jawatan Wan Saiful sebagai penasihat khasnya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN