Beri ruang anak muda jadi pemimpin gerakan Malaysia Baharu - Utusan Malaysia

Beri ruang anak muda jadi pemimpin gerakan Malaysia Baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR – Golongan muda perlu diberi ruang dan peluang menjadi pemimpin masa kini, dan bukannya menunggu sebagai pemimpin masa depan sahaja, dalam usaha menggerakkan aspirasi Malaysia Baharu, kata Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Ahli Parlimen Muar itu berkata, dalam pentadbiran kerajaan terdahulu, anak muda sering dilihat tidak berpengalaman dan terlalu mentah untuk ‘duduk semeja’ bagi membuat keputusan merencana agenda negara, namun hal tersebut tidak akan berlaku pada pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) masa ini.

Beliau berkata, dalam agenda Malaysia Baharu oleh kerajaan PH, setiap suara anak muda itu penting dalam merencana aspirasi agenda tersebut, justeru generasi berkenaan perlu berani tampil ke hadapan untuk bersama menyahut cabaran berkenaan.

“Malaysia Baharu bukan milik saya, bukan milik satu pihak tertentu sahaja, ia merentasi semua, milik semua rakyat Malaysia tanpa mengira umur, agama, bangsa atau apa sahaja latar belakang.

“Sesiapa sahaja, jika kamu berjiwa besar kamu ada tempat dalam menggerakkan Malaysia Baharu dalam konteks ini suara anak muda penting sekali,” katanya ketika berucap merasmikan majlis penutup program Pewaris Muda Peringkat Kebangsaan 2018 di Kampung Parit Bugis di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah Penerangan, Datuk Ibrahim Abdul Rahman. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN