Berhenti tular khabar angin berkaitan keselamatan Empangan Kenyir - Utusan Malaysia

Berhenti tular khabar angin berkaitan keselamatan Empangan Kenyir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU – Orang ramai dinasihatkan supaya berhenti menyebarkan berita yang tidak sahih berkaitan isu keselamatan Empangan Kenyir ketika bermulanya musim banjir bagi mengelakkan kegelisahan dalam kalangan penduduk.

Pengurus Besar Stesen Jana Elektrik Sultan Mahmud, Kenyir, Mustapha Kamal Yaacob berkata, proses pemeriksaan yang ketat dijalankan secara berkala bagi memastikan empangan berada dalam keadaan baik.

“Kita lakukan pemeriksaan secara mingguan, bulanan dan setiap 10 tahun membabitkan pakar-pakar dari luar negara.

“Sejak empangan ini dibuka lebih 30 tahun lalu, paras air tertinggi yang pernah dicatatkan adalah 148 meter ketika banjir melanda seluruh negara pada tahun 2014 dan ia masih dibawah paras amaran iaitu 150 meter,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Keselamatan Empangan ‘Latih Amal Tindak Balas Kecemasan Penduduk Mukim Jenagor dan Kuala Berang’ di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu di sini hari ini.

Tambah Mustapha Kamal, pihaknya juga sentiasa memantau segala bentuk situasi di luar jangkaan dari masa ke semasa selain menggunakan pelbagai jenis alatan untuk mengukur gegaran atau pergerakan yang boleh mengakibatkan ketidakstabilan pada empangan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN