SAYA harap para pemimpin Pakatan Harapan (PH) cakna nasihat Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin agar berhenti menyalahkan kerajaan lama dan fokus kepada menunaikan janji mereka kepada rakyat. Selepas enam bulan memerintah, cukup rasanya kepemimpinan PH menggunakan pemimpin dan kerajaan dahulu sebagai alasan kelemahan pentadbiran kerajaan baharu. Rakyat mengundi PH untuk membawa perubahan dan cara baharu mentadbir, bukannya menghabiskan masa memberi alasan dan menuding jari selepas gagal menunaikan janji…










