BUTTERWORTH 4 Nov. – UMNO akan bertanding sebanyak 21 daripada keseluruhan 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, ke arah itu, parti tersebut akan mengambil semula enam kerusi yang pada pilihan raya umum lalu ditandingi calon Gerakan. MUSA SHEIKH FADZIR Menurut beliau, keputusan itu dibuat selepas Gerakan kini bukan lagi sebahagian parti…










