KUALA LUMPUR 10 Nov. – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyindir Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik berkaitan skim bantuan baucar buku bagi penuntut insitut pengajian tinggi (IPT).
Najib dalam satu hantaran di Facebook mengulas kenyataan Dr. Maszlee bahawa skim baucar buku merupakan salah satu perjuangan beliau untuk penuntut IPT.
“U-turn ni. Berani juga dia cakap, “Skim baucar buku salah satu perjuangan saya buat mahasiswa”. Dia yang buat bajet, dia yang tak suka, dia yang nak tukar sekarang.
“Tak apa YB, ambillah kredit. Petiklah perjuangan, gunalah nama. Yang penting kebajikan mahasiswa dan mahasiswi kita terpelihara,” kata Najib.
Dr. Maszlee dalam satu kenyataan hari ini berkata, Kementerian Kewangan bersetuju dengan cadangan Kementerian Pendidikan supaya skim bantuan baucar buku bagi penuntut insitut pengajian tinggi (IPT) diteruskan.
Menurut Dr. Maszlee, Kementerian Kewangan telah menyatakan persetujuan untuk melihat cadangan tersebut bagi membantu mengurangkan beban kewangan penuntut IPT.
Tambahnya, beliau telah membawa perkara tersebut dalam mesyuarat Kabinet yang berlangsung semalam iaitu mesyuarat pertama selepas Belanjawan 2019 dibentangkan pada 2 November lalu.
“Kami berharap akan ada berita mengembirakan dalam waktu terdekat berhubung cadangan ini.
“Seperti yang telah saya janjikan sebelum ini, saya akan memastikan kebajikan penuntut IPT dijaga dan skim baucar buku ini merupakan salah satu perjuangan saya untuk mereka,” kata Dr. Maszlee.
Terdapat beberapa luahan mahasiswa di Twitter yang mengesa agar kerajaan mengembalikan semula pemberian baucher buku berjumlah RM250 kepada pelajar.
Antaranya @nadirahhamda yang berkata, “Kesian batch kiteorang tau, tak dapat merasa kad siswa/baucher buku RM250. Pengecualian bayaran balik PTPTN for first class degree ni pun janganlah dimansuhkan. Yang itu menjadi salah satu semangat untuk mahasiswa belajar bersungguh-sungguh. Kembalikan hak mahasiswa. Beringatlah.”
Kesian batch kiteorang tau, tak dapat merasa kad siswa/baucher buku RM250. Pengecualian bayaran balik ptptn for first class degree ni pun janganlah dimansuhkan. Yg tu menjadi slh satu semangat utk mahasiswa belajar bersungguh-sungguh.
Kembalikan hak mahasiswa. Beringatlah.
— نور نضيرة (@nadirahhamdan) November 9, 2018
“Kad siswa dapat meringankan beban saya dalam perbelanjaan seharian di universiti. Walaupun jumlahnya sedikit tapi ia dapat mengurangkan beban kami sebagai mahasiswa,” kata @athirahridwan12
Kad siswa dapat meringankan beban saya dalam perbelanjaan seharian di universiti. Walaupun jumlahnya sedikit tapi ia dapat mengurangkan beban kami sebagai mahasiswa.
— ATHIRAH (@athirahridwan12) November 10, 2018
“Saya mohon untuk pihak kementerian meneruskan kembali kad siswa sekurang-kurangnya mahasiswa dapat menggunakan RM250 yang dikreditkan ke dalam kad Bank Rakyat yang hasilnya dapat membantu mahasiswa yang memerlukan. Terima kasih,” rayu @idzu94
saya mohon untuk pihak kementerian meneruskan kembali kad siswa…sekurang-kurangnya mahasiswa dpt menggunakan 250 yang di kreditkan ke dalam kad bank rakyat yang hasilnya dapat Membantu mahasiswa yang memerlukan…terima kasih
— Encik Ridzuan (@idzu94) November 10, 2018
Baucar buku yang dikenali sebagai Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) diperkenalkan pada 2012 oleh kerajaan Barisan Nasional tetapi diganti dengan KADS1M Debit-i apabila berlaku ketirisan pada BB1M apabila pelajar menukar baucar berkenaan dengan wang tunai.
Bagaimanapun KADS1M Debit-i yang diperkenalkan pada 2017 membolehkan pelajar bukan sekadar membeli buku atau gajet tetapi juga mengeluarkan tunai RM250 dari mesin ATM.-UTUSAN ONLINE










