SAUDARA PENGARANG,
SEBUAH bengkel membaiki kenderaan yang dipercayai beroperasi secara haram sejak beberapa tahun lalu di Jalan Guchil Bayam, Kota Bharu, Kelantan telah disita oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar raya Islam (MPKB -BRI) pada pagi 4 Oktober lalu.
Walau bagaimanapun, saya mendapati bengkel berkenaan telah kembali beroperasi beberapa jam kemudian, pada hari yang sama premis disita MPKB -BRI.
Saya mohon penjelasan dari pihak MPKB -BRI kenapa tiada tindakan susulan diambil oleh pihak penguat kuasa walaupun bengkel berkenaan terus beroperasi tanpa sebarang papan tanda perniagaan sehingga ke hari ini?
Seolah-olah pemiliknya kebal dari segi pematuhan undang-undang. Operasi bengkel haram ini juga menyusahkan penduduk sekitar kerana meletak kenderaan sesuka hati dan menjalankan perniagaan sehingga lewat malam.
DBN494AC
Kota Bharu, Kelantan










