SETIAP kali menjamu selera dalam pelbagai majlis keraian, saya sering terlihat pelbagai jenis makanan yang dibazirkan apabila dihidangkan atau diambil secara berlebihan oleh tetamu.
Pada masa sama, saya sering terfikir ke mana pula perginya makanan yang terhidang namun tidak dijamah oleh tetamu terutamanya di restoran dan hotel besar yang selalunya tidak membenarkan lebihan makanan dibawa pulang.
Jika diamati, pembaziran makanan ini bukan hanya berlaku di premis-premis komersial tetapi juga di rumah dan lokasi lain.
Data yang dikeluarkan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) tahun lalu menunjukkan sisa makanan adalah komponen pepejal tertinggi dibuang di tapak pelupusan sampah iaitu sebanyak 55 peratus.
Jumlah ini amat besar dan membimbangkan kerana rakyat Malaysia dilaporkan membuang tidak kurang 3,000 tan metrik makanan yang masih boleh dimakan setiap hari dan jumlah itu bertambah pada musim perayaan.
Sepanjang bulan Ramadan tahun ini misalnya, dianggarkan pembuangan sisa makanan di seluruh negara telah mencecah 615,000 tan metrik. Jika dilonggokkan sisa makanan ini, ia boleh dibandingkan dengan 68 buah bangunan KLCC setinggi 452 meter setiap satu.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Teknikal) Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Dr. Mohd. Pauze Mohamad Talha dilaporkan berkata, pada hari biasa sebanyak 16,687.5 tan metrik sisa makanan dibuang. Secara purata, seseorang itu akan mengambil makanan sebanyak 1.8kg sehari manakala di Somalia dan negara yang berhadapan dengan krisis makanan jumlah makanan yang diambil kurang daripada 1 kilogram sehari .
Secara perbandingan, jumlah 16,687.5 tan metrik sisa makanan itu boleh dinikmati lebih sembilan juta individu untuk tiga kali hidangan. Jika di negara miskin atau berhadapan krisis pula, makanan sebanyak itu mampu mengalas perut lebih 16 juta individu yang kelaparan. Amat menyedihkan apabila kajian SWCorp turut menunjukkan makanan yang dibuang itu langsung tidak diusik dan boleh dimakan semula. Sebenarnya pembaziran yang berlaku bukan sahaja di peringkat pengguna tetapi turut terjadi di bahagian pengeluaran makanan seperti di ladang. Dilaporkan kehilangan lepas tuai bagi sayuran dan buah-buahan mencatatkan antara 20 peratus hingga 50 peratus dan ini menunjukkan separuh hasil tanaman hilang di sepanjang rantaian akibat proses tuaian dan pengurusan yang tidak cekap. Kita seharusnya mencontohi beberapa negara luar yang amat prihatin dan aktif dalam usaha mengurangkan pembaziran makanan.
Kempen Mengurangkan Pembaziran Roti di Turki pada 2013 misalnya berjaya mengurangkan pembaziran roti yang bernilai 2.8 bilion Turki Lira dalam tempoh setahun. Di Denmark pula, tukang-tukang masak turut aktif menghasilkan makanan bernilai tinggi daripada lebihan makanan selain memperkenalkan konsep pengurangan pembaziran makanan melalui perancangan yang baik. Di Perancis, pasar raya digalakkan untuk menyerahkan produk makanan sama ada segar atau produk proses kepada bank makanan.
Apa yang menarik, jumlah serahan tersebut akan dinilai dan diberi pengecualian cukai. Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa konsep bank makanan telah pun diperkenalkan di Pulau Pinang tahun lepas dan menunjukkan hasil yang memberangsangkan. Ketika saya membuat kunjungan hormat ke atas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebelum ini, beliau berkata pihak kementerian akan memperluaskan program Mutiara Food Bank yang beliau usahakan di Pulau Pinang itu.
Beliau berkata, projek pengumpulan serta pengagihan lebihan makanan yang dijalankan dengan kerjasama beberapa pasar raya terkemuka tersebut akan dilaksanakan di beberapa negeri termasuk Kelantan dan Negeri Sembilan.
Mereka yang terlibat dalam rantaian bekalan makanan harus meningkatkan tahap pengurusan agar lebih banyak bahan mentah sampai ke pengguna dalam keadaan elok dan sesuai untuk dimakan. Saintis, pakar makanan dan masakan juga harus bekerjasama untuk mencari jalan menyelamatkan bahan mentah yang masih boleh dimakan walaupun bentuk luarannya tidak lagi menarik untuk dibeli. Tetapi saya percaya sebarang usaha untuk mengurangkan pembaziran makanan ini seharusnya bermula dengan kita sebagai seorang pengguna.
Ambillah makanan secara berpada-pada agar tidak ada juadah yang dibazirkan kerana setiap suap yang dibuang mampu mengenyangkan mereka yang terpaksa berlapar kerana kemiskinan dan kekurangan makanan. TAN SRI LEE LAM THYE ialah Aktivis sosial.
SETIAP kali menjamu selera dalam pelbagai majlis keraian, saya sering melihat pelbagai jenis makanan yang dibazirkan apabila dihidangkan atau diambil secara berlebihan oleh tetamu.
Pada masa sama, saya sering terfikir ke mana pula perginya makanan yang terhidang namun tidak dijamah oleh tetamu terutamanya di restoran dan hotel besar yang selalunya tidak membenarkan lebihan makanan dibawa pulang.
Jika diamati, pembaziran makanan ini bukan hanya berlaku di premis-premis komersial tetapi juga di rumah dan lokasi lain.
Data yang dikeluarkan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) tahun lalu menunjukkan sisa makanan adalah komponen pepejal tertinggi dibuang di tapak pelupusan sampah iaitu sebanyak 55 peratus.
Jumlah ini amat besar dan membimbangkan kerana rakyat Malaysia dilaporkan membuang tidak kurang 3,000 tan metrik makanan yang masih boleh dimakan setiap hari dan jumlah itu bertambah pada musim perayaan.
Sepanjang bulan Ramadan tahun ini misalnya, dianggarkan pembuangan sisa makanan di seluruh negara telah mencecah 615,000 tan metrik.
Jika dilonggokan sisa makanan ini, ia boleh dibandingkan dengan 68 buah bangunan KLCC setinggi 452 meter setiap satu.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Teknikal) Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Dr. Mohd. Pauze Mohamad Talha dilaporkan berkata, pada hari biasa sebanyak 16,687.5 tan metrik sisa makanan dibuang.
Secara purata, seseorang itu akan mengambil makanan sebanyak 1.8kg sehari manakala di Somalia dan negara yang berhadapan dengan krisis makanan jumlah makanan yang diambil kurang daripada 1 kilogram sehari.
Secara perbandingan, jumlah 16,687.5 tan metrik sisa makanan itu boleh dinikmati lebih sembilan juta individu untuk tiga kali hidangan. Jika di negara miskin atau berhadapan krisis pula, makanan sebanyak itu mampu mengalas perut lebih 16 juta individu yang kelaparan.
Amat menyedihkan apabila kajian SWCorp turut menunjukkan makanan yang dibuang itu langsung ‘tidak diusik’ dan boleh dimakan semula.
Sebenarnya pembaziran yang berlaku bukan sahaja di peringkat pengguna tetapi turut terjadi di bahagian pengeluaran makanan seperti di ladang.
Dilaporkan kehilangan lepas tuai bagi sayuran dan buah-buahan mencatatkan antara 20 peratus hingga 50 peratus dan ini menunjukkan separuh hasil tanaman hilang di sepanjang rantaian akibat proses tuaian dan pengurusan yang tidak cekap.
Kita seharusnya mencontohi beberapa negara luar yang amat prihatin dan aktif dalam usaha mengurangkan pembaziran makanan. Kempen Mengurangkan Pembaziran Roti di Turki pada 2013 misalnya berjaya mengurangkan pembaziran roti yang bernilai 2.8 bilion Turki Lira dalam tempoh setahun.
Di Denmark pula, tukang-tukang masak turut aktif menghasilkan makanan bernilai tinggi daripada lebihan makanan selain memperkenalkan konsep pengurangan pembaziran makanan melalui perancangan yang baik.
Di Perancis, pasar raya digalakkan untuk menyerahkan produk makanan sama ada segar atau produk proses kepada bank makanan. Apa yang menarik, jumlah serahan tersebut akan dinilai dan diberi pengecualian cukai.
Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa konsep bank makanan telah pun diperkenalkan di Pulau Pinang pada tahun lepas dan menunjukkan hasil yang memberangsangkan.
Ketika saya membuat kunjungan hormat ke atas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebelum ini, beliau berkata pihak kementerian akan memperluaskan program ‘Mutiara Food Bank’ yang beliau usahakan di Pulau Pinang itu.
Beliau berkata, projek pengumpulan serta pengagihan lebihan makanan yang dijalankan dengan kerjasama beberapa pasar raya terkemuka tersebut akan dilaksanakan di beberapa negeri termasuk Kelantan dan Negeri Sembilan.
Mereka yang terlibat dalam rantaian bekalan makanan harus meningkatkan tahap pengurusan agar lebih banyak bahan mentah sampai ke pengguna dalam keadaan elok untuk dimakan.
Saintis, pakar makanan dan masakan juga harus bekerjasama untuk mencari jalan menyelamatkan bahan mentah yang masih boleh dimakan walaupun bentuk luarannya tidak lagi menarik untuk dibeli. Tetapi saya percaya sebarang usaha untuk mengurangkan pembaziran makanan ini seharusnya bermula dengan kita sebagai seorang pengguna.
Ambillah makanan secara berpada-pada agar tidak ada juadah yang dibazirkan kerana setiap suap yang dibuang mampu mengenyangkan mereka yang terpaksa berlapar kerana kemiskinan dan kekurangan makanan.
TAN SRI LEE LAM THYE ialah aktivis sosial.











