Belia terlibat jenayah, masalah sosial dibantu dapat pekerjaan - Utusan Malaysia

Belia terlibat jenayah, masalah sosial dibantu dapat pekerjaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan akan memberi fokus kepada para belia yang berisiko terjerumus ke dalam kegiatan jenayah kerana terjebak dengan masalah sosial agar mendapat peluang pekerjaan.

Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, perkara itu bagi memastikan matlamat agenda sosial negara dapat dipenuhi apabila belia bermasalah didekati dan diberi peluang seperti individu lain khususnya hak untuk bekerja.

“Stigma masyarakat sangat kuat terhadap individu yang bermasalah (sama ada terlibat jenayah atau masalah sosial) dan sukar beri peluang kepada mereka. Jadi kerajaan akan cari jalan bagaimana kita nak bantu mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Contohnya belia yang terjebak masalah dadah atau golongan mat rempit, bagaimana kita bantu mereka dapatkan kerja…bagaimana kita nak mencapai mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Penyelidikan Belia Kebangsaan 2018 (YOURS’18) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Seminar bertemakan ‘Mendepani Cabaran Agenda Sosial ke Arah Kesejahteraan Belia’ yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini itu membawa enam isu utama antaranya gejala sosial, ketagihan skrin, kesihatan mental dan lain-lain isu pembangunan belia. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×