KUALA LUMPUR 2 Nov. – Belanjawan 2019 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di Parlimen hari ini hanya untuk mempopularkan kerajaan, bukannya untuk rakyat.
Demikian kesimpulan dibuat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menerusi kenyataan 10 perenggan selepas mengamati pembentangan pertama belanjawan kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Presiden UMNO itu menyifatkan tiada garis panduan untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan daripada belanjawan tersebut sedangkan perkara itulah yang ditunggu-tunggu oleh rakyat.
Amat menghampakan bagi Ahmad Zahid apabila belanjawan berkenaan hanya menyebut mengenai rancangan latihan dan bimbingan yang mengambil masa, sedangkan dakwa beliau, rakyat mahu penyelesaian segera.
“Tidak ada yang istimewa untuk rakyat, terutama bagi mengatasi isu kos sara hidup mereka. Banyak berkisar pada skim kesihatan dan dividen yang longgar.
“Secara umum, ia adalah bajet yang diubahsuai daripada kerajaan terdahulu. Asasnya sudah tersedia. Tetapi tidak ada yang menarik untuk rakyat secara keseluruhan,” kata beliau. – UTUSAN ONLINE
KENYATAAN PENUH KETUA PEMBANGKANG
1. Bajet 2019 tidak ada garis panduan untuk wujudkan lebih banyak peluang kerja. Inilah yang ingin ditunggu oleh rakyat, namun amat menghampakan. Bajet hanya sebut rancangan latihan dan bimbingan. Ia mengambil masa sedangkan rakyat mahu penyelesaian segera.
(No guidelines to solve the issue of jobless. All are about training. The rakyat were pinning high hopes for announcement on this matter but it didnt materialise. This may take time. The rakyat wants to see immediate actions as to how the government can solve their present woes).
2. Bagaimanapun, ada yang boleh dianggap baik, khasnya penerima BR1M dan bantuan lain. Apapun, ia tidak menyeluruh dan hambar.
(However, there are goodies for the lower-income bracket in BR1M adjustments but it is properly elaborated and taken for granted)
3. Tidak ada yang istimewa untuk rakyat, terutama bagi mengatasi isu kos sara hidup mereka. Banyak berkisar pada skim kesihatan dan dividen yang longgar.
(No special announcement for the rakyat in addressing the spiralling cost of living. LGE speech touched too much on health scheme and loose plan on dividends that do not meet their interest)
4. Memang ada berita baik mengenai pengguna pengangkutan awam tetapi ia lebih kepada pengguna di tempat–tempat yang ada LRT dan MRT.
(There are of course good news for public transport users but the benefit is confined to places with LRT and MRT)
5. RM314.5 bilion akan diperolehi dari mana jika kerajaan berkata hutang negara berjumlah RM1 trilion? Mana perkiraan fiskalnya?
(From where would the government get RM314.5 billion for the budget amid claim that we dont have money and foreign debt amounting to RM1 trillion? What is the fiscal calculation applied?)
6. Walaupun ada kebaikan, seperti RM1.2 bilion untuk kemajuan Islam, tidak ada pengkhususan langsung bagi menarik dan meningkatkan semula pelaburan asing. Dari mana kita akan dapat hasil?
(Despite some good packages, there was no zooming on how we could attract foreign direct investment to Malaysia. From where will the government register revenue to finance all these?)
7. Secara umum, ia adalah bajet yang diubahsuai daripada kerajaan terdahulu. Asasnya sudah tersedia. Tetapi tidak ada yang menarik untuk rakyat secara keseluruhan.
(Basically its a modification budget of the past government. The guidelines are already there. In general, its short of what was expected by the rakyat)
8. Ini bajet untuk mempopularkan kerajaan, untuk kerajaan dan bukan untuk rakyat.
(This budget is to popularise the government, for the government and not for the people).
9. Saya kesal kerana kerajaan sengaja menggunakan ucapan belanjawan untuk terus menghentam dan memberi gambaran terburuk kepada BN. Ini tidak sepatutnya berlaku.
(I regret that the government used the Budget speech to give BN a very bad impression, without admitting their own fault and weaknesses).
10. Biarlah rakyat sendiri yang menilai belanjawan ini, sama ada hak dan keistimewaan mereka dipulangkan atau sebaliknya. Waktu akan menentukan.
(Let it be judged by the people, and as to whether their privileges are returned and maintained. Time will tell)
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Kuala Lumpur
2 November 2018










