Awang merasa lega apabila mendengar pembentangan Belanjawan 2019 dengan tema ‘Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera’ yang buat pertama kalinya dibentang oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. Ia adalah satu belanjawan seimbang setelah mengambil kira keadaan semasa kewangan negara yang terpaksa diuruskan dengan hutang yang besar, lebih RM1,065 bilion dan juga tunggakan cukai sebanyak RM35.4 bilion yang perlu dipulangkan pada tahun 2019. Awang mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Pakatan Harapan…










