KUALA LUMPUR 2 Nov. – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Belanjawan 2019 yang dibentangkan hari ini dibuat dengan berhati-hati dengan mengambil kira kemampuan perbelanjaan kerajaan.
Dr. Mahathir berkata, Belanjawan 2019 itu juga tidak melebihi pendapatan kerajaan disamping cuba untuk memenuhi aspirasi rakyat.
“Kita berhati-hati, kita belanja mengikut kemampuan, tidak ada duit kita tak belanja.
“Belanjawan ini cuba penuhi aspirasi rakyat, di masa sama ia tidak melebihi pendapatan kita,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen, hari ini. – UTUSAN ONLINE










