KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memperuntukkan RM1.2 bilion tahun depan berbanding RM1.1 bilion tahun ini bagi memastikan kemajuan syiar Islam tidak terjejas berikutan keadaan ekonomi yang mencabar. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, sebagai agama rasmi yang mempunyai kedudukan yang istimewa dalam Perlembagaan Persekutuan, sejumlah RM150 juta pula disediakan bagi melaksanakan program-program tertentu. Katanya, ia termasuk pembinaan masjid dan surau di seluruh negara, inisiatif ‘Khaira Ummah’ untuk melahirkan lebih ramai…










