KUALA LUMPUR – Sektor kerajaan dianggarkan mencatat defisit keseluruhan lebih tinggi sebanyak RM51.9 bilion iaitu 3.6 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada 2018 setelah mengambil kira semua pindahan dan pinjaman bersih di antara setiap unit kerajaan am. Menurut laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2019 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan hari ini, di bawah peruntukan undang-undang, unit selain kerajaan Persekutuan hanya boleh meminjam daripada atau dengan…










