Belanjawan 2019: RM314.5 bilion untuk belanjawan - Utusan Malaysia

Belanjawan 2019: RM314.5 bilion untuk belanjawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Belanjawan 2019, belanjawan pertama di bawah pentadbiran Pakatan Harapan, akan memperuntukkan sejumlah RM314.5 bilion dalam perbelanjaan berbanding peruntukan kira-kira RM290.4 bilion pada 2018.

Ketika membentangkan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat hari ini, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, daripada jumlah itu, RM259.8 bilion adalah bagi perbelanjaan mengurus dan RM54.7 bilion lagi untuk perbelanjaan pembangunan.

“Peruntukan ini tidak termasuk simpanan luar jangka berjumlah RM2 bilion, katanya ketika membentangkan belanjawan sulungnya.

Di bawah peruntukan pembangunan, katanya sektor ekonomi menerima agihan tertinggi sebanyak RM29.2 bilion yang merangkumi pengangkutan, perdagangan, industri, tenaga dan kemudahan awam dan pertanian.

Sektor sosial akan menerima sejumlah RM15.2 bilion, sektor keselamatan diperuntukkan RM7.1 bilion dan sektor pentadbiran am sebanyak RM3.2 bilion. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN