KUALA LUMPUR – Kerajaan akan melaksanakan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) dengan peruntukkan RM1 bilion bagi menggalakkan perkembangan ekonomi digital, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. Katanya, pelan itu bertujuan membangunkan infrastruktur jalur lebar dalam usaha memastikan pengagihan spektrum dilaksanakan dengan lebih efektif. “Di samping itu, perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi disasarkan mencapai 30 Mbsp di kawasan luar bandar serta kawasan terpencil dalam tempoh lima tahun bagi membolehkan…










