KUALA LUMPUR 7 Nov.- Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) melihat peruntukan sebanyak RM3.6 bilion daripada RM314.5 bilion jumlah keseluruhan Belanjawan 2019 secara relatifnya adalah kecil untuk agenda baharu ekonomi bumiputera. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Yazid Othman berkata, walaupun Belanjawan 2019 boleh dianggap positif untuk bumiputera kerana hasilnya banyak menumpukan kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) namun pihaknya bimbang dengan nasib golongan usahawan yang majoritinya masih bergantung kepada perolehan daripada kerajaan. “MTEM menaruh harapan pada penjelasan lanjut berkenaan Akta Perolehan Kerajaan yang dimulakan tahun depan untuk mengawal selia proses perolehan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya