Belanjawan 2019: Perkhidmatan diimport akan dikenakan cukai perkhidmatan mulai 2019 - Utusan Malaysia

Belanjawan 2019: Perkhidmatan diimport akan dikenakan cukai perkhidmatan mulai 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan yang diimport akan dikenakan Cukai Perkhidmatan mulai 1 Januari, 2019, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. 

Keputusan itu adalah untuk memastikan supaya penyedia perkhidmatan tempatan seperti perkhidmatan arkitek, reka bentuk grafik, teknologi maklumat dan reka bentuk kejuruteraan mendapat persaingan yang adil, katanya sewaktu membentangkan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat hari ini.

Guan Eng berkata, bagi perkhidmatan atas talian yang diimport oleh pengguna, penyedia perkhidmatan asing dikehendaki untuk berdaftar dengan Kastam di Raja Malaysia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kerajaan akan mengenakan dan meremit cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan berkaitan, termasuk perisian, muzik, video atau sebarang pengiklanan digital, berkuatkuasa 1 Januari 2020.

“Langkah percukaian ini akan mengimbangkan persaingan antara peruncit kedai dan kedai atas talian terutamanya kedai atas talian yang dimiliki oleh syarikat luar negeri,”  katanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini