KUALA LUMPUR 9 Okt. – Pembentangan Belanjawan 2019 yang diumumkan kerajaan Pakatan Harapan, Jumaat lalu memberi impak positif kepada Jabatan Imigresen dalam memperkasa serta menambah baik kemudahan agensi tersebut.
Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali bagaimanapun berkata, pihaknya berharap kerajaan dapat melihat beberapa perkara yang perlu ditekankan seperti fasiliti sedia ada yang melibatkan operasi jabatan tersebut.
“Kita perlu tahu bahawa ada sebahagian daripada kemudahan itu diwarisi daripada agensi lain seperti penjara dan memerlukan penambahbaikan dalam usaha memberikan perkhidmatan yang terbaik.
“Bahkan depot tahanan sedia ada juga perlu dinaik taraf bagi membolehkan hak asasi terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI) diberikan perhatian sewajarnya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.










