Belanjawan 2019: Pakatan Harapan bentang belanjawan pertama - Utusan Malaysia

Belanjawan 2019: Pakatan Harapan bentang belanjawan pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng membentangkan Belanjawan 2019, yang pertama bagi kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Dewan Rakyat hari ini.

Guan Eng tiba di Dewan Rakyat diiringi Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Pembentangan belanjawan itu yang bermula kira-kira pukul 4.05 petang, disiarkan secara langsung menerusi beberapa stesen televisyen dan radio tempatan.

Mahathir sebelum ini menyatakan Belanjawan 2019 akan meletakkan Malaysia pada kedudukan lebih kukuh dan memastikan kemakmuran rakyat dan generasi akan datang.

Pembentangan Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) 2019 itu dibuat di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Datuk Mohamad Ariff Md Yusof dan akan dibahaskan oleh Ahli Parlimen di peringkat dasar bermula pada  12 sehingga 15 November.

Perbahasan itu kemudiannya disusuli sesi jawapan oleh menteri sebelum dibahaskan di peringkat jawatankuasa bermula 26 November hingga 6 Disember.

Persidangan Dewan Rakyat tidak berlangsung pada minggu depan berikutan sambutan perayaan Deepavali. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN