Belanjawan 2019: Kerajaan akan lancar Program Khas Pengakuan Sukarela kepada pembayar cukai - Utusan Malaysia

Belanjawan 2019: Kerajaan akan lancar Program Khas Pengakuan Sukarela kepada pembayar cukai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan melancarkan Program Khas Pengakuan Sukarela untuk memberi peluang kepada pembayar cukai mengisytiharkan secara sukarela sebarang pendapatan yang tidak dilaporkan bagi tujuan cukai.

Ini termasuklah akaun pesisir pantai, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

“Dengan menyertai Program Khas Pengakuan Sukarela ini, sekiranya pelaporan pendapatan dibuat mulai esok sehingga 31 Mac 2019, pembayar cukai akan hanya dikenakan penalti sebanyak 10 peratus ke atas cukai yang perlu dibayar,” katanya sewaktu membentangkan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Guan Eng berkata, sekiranya pelaporan dibuat dari 1 April sehingga 30 Jun 2019, penalti sebanyak 15 peratus akan dikenakan.

Menurutnya, selepas program itu tamat pada 30 Jun 2019, kadar penalti yang dikenakan adalah antara 80 peratus sehingga 300 peratus seperti mana yang diperuntukkan dalam undang-undang sedia ada. 

“Dengan kerajaan yang bersih dan telus, rakyat akan bersedia untuk membayar cukai kerana mereka tahu bahawa pemimpin dan kerajaan tidak menipu dan merompak wang rakyat,” katanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini