KUALA LUMPUR – Bank Negara akan menyediakan dana RM1 bilion untuk membiayai pembelian rumah pertama bagi golongan berpendapatan bulanan tidak lebih RM2,300, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. Beliau berkata, dana tersebut akan disediakan bermula 1 Januari tahun depan untuk pembelian rumah mampu milik berharga sehingga RM150,000. “Dana ini tersedia di Ambank, CIMB Bank, Maybank, RHB bank dan Bank Simpanan Nasional melalui kadar pembiayaan terkurang serendah 3.5 peratus. “Ini akan…










