Belanjawan 2019 bukti kemampuan kerajaan - Utusan Malaysia

Belanjawan 2019 bukti kemampuan kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 3 Nov. – Kerajaan berupaya membentangkan belanjawan yang baik buat rakyat semalam walaupun berhadapan dengan isu hutang negara dan kekangan kewangan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, sebagai contoh Belanjawan 2019 turut memberi peruntukan RM10 juta kepada taska manakala RM45 juta diperuntukkan untuk Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri).

“Kita cuba membuat yang terbaik, namun ada kekangan, itu yang menjadi masalah. Bagaimanapun saya berpandangan Belanjawan 2019 menunjukkan kita boleh dengan segala kekangan yang ada.

“Pai ekonomi kita kecil sedikit, maka untuk mengagihkannya memang kurang memuaskan. Kita bangga sebab kerajaan baharu ini masih mencuba dengan segala kekurangan yang ada,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 2018 ‘Keluargaku Sayang’ di Pusat Keluarga Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di sini hari ini.

Dalam majlis itu, Wan Azizah turut melancarkan aplikasi MykafeTEEN yang dibangunkan oleh Tabung Penduduk Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNFPA) dan LPPKN buat golongan remaja negara ini.

Aplikasi tersebut membantu remaja Malaysia mendapatkan maklumat semasa berkaitan kesihatan reproduktif dan sosial dengan mudah dan pantas. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN