Belanjawan 2019: Bayaran khas RM500 untuk penjawat awam gred 54, RM250 untuk pesara - Utusan Malaysia

Belanjawan 2019: Bayaran khas RM500 untuk penjawat awam gred 54, RM250 untuk pesara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kerajaan dalam pembentangan Belanjawan 2019 mencadangkan bayaran khas sebanyak RM500 kepada penjawat awam gred 54 dan ke bawah sebagai tanda penghargaan kepada usaha dan dedikasi penjawat awam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2019, yang pertama bagi kerajaan pimpinan Pakatan Harapan, di Dewan Rakyat hari ini turut mengumumkan bayaran khas sebanyak RM250 kepada pesara kerajaan.

“Jumlah bayaran khas ini adalah sebanyak RM1 bilion,” katanya dalam pembentangkan belanjawan sulungnya.

Guan Eng berkata, berbanding pentadbiran dahulu yang lazimnya menyalurkan bayaran khas pada tahun depan, kerajaan Pakatan Harapan akan menyalurkan bayaran khas tersebut sebelum hujung tahun ini (2018).

Guan Eng dalam belanjawan itu berkata, kerajaan akan meningkatkan penyampaian perkhidmatan alternatif untuk mengurangkan peranan kerajaan dalam menyediakan perkhidmatan bukan teras.

“Ini akan diperintiskan dalam bidang kebajikan melalui usahasama dengan NGO (badan bukan kerajaan),” katanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN