Belakang ditikam, kening dikelar - Utusan Malaysia

Belakang ditikam, kening dikelar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI – Seorang buruh warga Indonesia mati dalam keadaan mengerikan apabila anggota badannya ditikam dan dikelar sebelum mayatnya dibuang ke dalam lubang tadahan air hujan di kawasan Ladang Kembau di sini malam kelmarin.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mayat mangsa dikenali Rizal Muhamad, 38, ditemui oleh seorang kakitangan ladang berkenaan dalam keadaan telentang di dalam lubang tadahan air itu kira-kira pukul 10.25 malam.

Ketika ditemui, mangsa yang bekerja di ladang kelapa sawit berkenaan mengalami kesan tikaman dan kelar pada seluruh anggota badan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata, mayat lelaki itu ditemui di dalam lubang tadahan air berkenaan berhampiran laluan masuk ke ladang.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kota Tinggi dan bedah siasatan mendapati terdapat kesan tikaman pada dada, perut dan lima kesan tikaman pada belakang badan.

“Selain itu, terdapat kesan kelar pada kening dan leher manakala jari kiri dan kanannya dihiris,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN