KUALA LUMPUR 4 Nov. – Setelah menikmati kadar gaji yang mewah, anggota kerajaan Pakatan Harapan (PH) disifatkan seperti telah mula ‘lupa diri’, dalam memperjuangkan nasib graduan serta golongan berpendapatan rendah yang hidup dalam kesempitan. Ini susulan daripada pengumuman dalam Belanjawan 2019 pada Jumaat lalu, untuk memperkenalkan pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) secara potongan gaji berjadual antara dua hingga 15 peratus daripada gaji bulanan kepada mereka berpendapatan…










