Bekas Pengarah Bahagian Visa dan Permit Jabatan Imigresen dibebaskan dengan jaminan - Utusan Malaysia

Bekas Pengarah Bahagian Visa dan Permit Jabatan Imigresen dibebaskan dengan jaminan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Mahkamah Majistret di sini hari ini membebaskan bekas Pengarah Bahagian Visa dan Permit, Jabatan Imigresen bergelar Datuk dengan jaminan tanpa deposit sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin.

Turut dibebaskan pemandu bahagian korporat berusia 46 tahun yang berkhidmat dengan jabatan tersebut dan dibebaskan dengan jamin tanpa deposit sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, Majistret Khir Nizam Jemari membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyambung reman seorang kakitangan Perkeranian dan Operasi, Bahagian Visa, Pas dan Permit, Jabatan Imigresen Malaysia, Putrajaya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lelaki berusia 59 tahun itu disambung reman selama dua hari mulai esok hingga sehingga 9 November.

Pada 1 November lalu, ketiga-tiga suspek ditahan reman SPRM selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan kelulusan permohonan pas lawatan sosial.

Mereka disyaki terlibat dalam kes menerima rasuah daripada ejen yang menguruskan pas lawatan sosial membabitkan nilai jutaan ringgit.

Rasuah itu sebagai balasan untuk memudahkan kelulusan permohonan pas lawatan sosial daripada Imigresen. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN