KUANTAN 2 Nov. – Seramai 26 bekas pemain dan barisan kejurulatihan Kuantan FA menuntut pengurusan pasukan tersebut supaya segera melunaskan gaji mereka yang tertunggak selama setahun. Bekas pegawai pasukan itu, Rizal Budiman, 45, berkata, masalah tunggakan gaji itu bermula sekitar bulan November 2016 dan berterusan sepanjang musim 2017 lalu. “Sekurang-kurangnya berilah kami jawapan, kalau terus diam macam ini, susahlah. Bukan sebulan dua (tunggakan gaji), tapi sudah lebih 12 bulan, bagaimana…










