IPOH – Seorang bekas Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas dua pertuduhan salah guna kuasa meluluskan pelantikan anak lelaki dan menantunya di universiti berkenaan empat tahun lalu.
Bagaimanapun, tertuduh, Prof. Datuk Dr. Zakaria Kasa yang memakai baju lokap jingga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim S. Indra Nehru.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh yang merupakan Naib Canselor UPSI dan Pengerusi Mesyuarat Pengurusan Eksekutif bil.24/2014 ketika itu menggunakan kuasa meluluskan lantikan terhadap anaknya, Mohd. Fauzi Zakaria ke Lantikan Kontrak Jurutera (Awam) Gred J41.
Perbuatan tersebut dilakukan di bilik BC 2-7, Bangunan Canselori, UPSI Tanjung Malim antara pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari 8 Oktober 2014.










