Bekas menantu Chef Wan bebas tuduhan khalwat - Utusan Malaysia

Bekas menantu Chef Wan bebas tuduhan khalwat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Nov. – Bekas menantu Chef Wan, Gavin Edward O’Luanaigh terlepas daripada hukuman denda dan penjara selepas pihak pendakwaan syarie hari ini menarik balik pertuduhan khalwat terhadap lelaki tersebut dan pasangannya.

Menurut kenyataan akhbar firma guaman Tetuan Zainul Rijal Talha & Amir yang mewakili Gavin atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar, 41, dan pasangannya, Kiranjit Sidhu @ Kiran Manjit Singh Sidhu, hal ini berikutan pihak pendakwaan syarie tidak lagi berhasrat untuk meneruskan kes itu selepas meneliti dua representasi yang dihantar antara September dan Oktober lalu.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh pegawai pendakwa syarie, Khafizah Ahmat Khairi sewaktu sebutan kes itu di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Petaling dekat sini, Siti Aminah Kamil yang kemudiannya bertindak membatalkan pertuduhan tersebut.

Pada 21 Julai lalu, Gavin dan isterinya, Kiranjit yang diwakili peguam syarie, Raihan Mustafa Kamal telah didakwa atas pertuduhan melakukan khalwat mengikut Seksyen 29(1)(a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya.

Kenyataan tersebut turut memberitahu Gavin dan Kiranjit bersyukur dengan tindakan pendakwaan tidak meneruskan kes itu yang sekali gus membersihkan nama mereka. Tambah kenyataan itu, Gavin sentiasa cuba mengamalkan ajaran Islam malah turut berjaya memujuk Kiranjit memeluk agama Islam sebelum berkahwin.

Gavin sebelum ini berkahwin dengan Serina Redzuawan pada 1 Januari 2010 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Tristan Tareef O’Luanaigh, 6, dan Isabella Safiyya O’Luanaigh, 5. Pasangan itu sah bercerai pada 1 Ogos 2018. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN