KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Mohd. Arif Ab. Rahman dipenjara tiga tahun dan denda RM3 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas didapati bersalah atas pertuduhan bersubahat dengan anak sulungnya menerima rasuah wang tunai RM627,636 (S$200,000) dua tahun lalu.
Anak sulung Mohd. Arif iaitu Ahmad Zukhairi, 36, pula dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM9.6 juta atas empat pertuduhan meminta dan menerima suapan.
Kes rasuah tersebut membabitkan projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) Sistem Solar Hibrid di empat buah pulau terpencil di Sandakan, Sabah.
Mahkamah memerintahkan Mohd. Arif, 61, dipenjara tiga tahun manakala Ahmad Zukhairi dipenjara 10 tahun sekiranya mereka gagal membayar jumlah denda tersebut.
Hakim Azura Alwi menjatuhkan hukuman itu terhadap kedua-dua beranak berkenaan selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










