COPENHAGEN 21 Nov. – Bekas ketua kumpulan gengster Denmark yang menghasilkan memoir bagaimana dia meninggalkan dunia jenayah, ditembak mati sehari selepas buku itu dilancarkan, kelmarin. BBC melaporkan, Nedim Yasar, 31, ditembak selepas dia beredar dari majlis pelancaran bukunya bertajuk Roots: A Gangster’s Way Out di sini. Menurut polis, penyerang berjaya melarikan diri dengan berjalan kaki. Yasar kemudian dikejarkan ke hospital, namun meninggal dunia akibat kecederaannya. Jabatan Polis Copenhagen dalam satu…










