Bebaskan peminjam daripada hutang PTPTN - Utusan Malaysia

Bebaskan peminjam daripada hutang PTPTN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Nov. – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) disarankan untuk membebaskan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan melupuskan hutang tersebut serta memperkasakan semula danasiswa dan biasiswa.

Timbalan Ketua Pemuda Pas, Khairil Nizam Khirudin berkata, ia adalah pelaburan yang pasti tidak akan mendatangkan kerugian malah sejarah menyaksikan ketika Malaysia mula dibangunkan satu perempat belanjawan tahunan negara diperuntukkan untuk bidang pendidikan.

“Daripada kerajaan menagih dan memeras secupak hutang daripada mereka, lebih untung digembleng kemampuan dimiliki golongan ini untuk pertumbuhan dan pembangunan negara. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bebaskan mereka dengan melupuskan hutang tersebut serta perkasakan semula danasiswa dan biasiswa, seterusnya menuju kepada pendidikan percuma,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan portal Harakahdaily hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×