Bebas tuduhan curi RM200, anggota polis trafik sujud syukur - Utusan Malaysia

Bebas tuduhan curi RM200, anggota polis trafik sujud syukur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR 9 Nov. – Debaran seorang anggota polis trafik akhirnya tiba di penghujung apabila dia dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini daripada tuduhan mencuri wang berjumlah RM200, dua tahun lalu.

Lans Koperal Sa’dat Abdul Manab, 33, yang kelihatan sebak terus melakukan sujud syukur sebaik sahaja Majistret Noorhidayah Mohd. Saad membuat keputusan tersebut.

Noorhidayah memutuskan demikian pada akhir kes pendakwaan tanpa memanggil Sa’dat membela diri setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

Mengikut pertuduhan, Sa’dat didakwa mencuri wang sebanyak RM200 daripada Muhamad Alif Shahar, 25, di Kilometer 243.5 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan pada pukul 4.40 petang, 13 Julai 2016.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendali­kan Timbalan Pendakwa Raya dari­pada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nurul Wahida Jalaluddin manakala tertuduh diwakili peguam, R.S.N. Rayer.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN