Bayi mangsa jenayah seksual mati - Utusan Malaysia

Bayi mangsa jenayah seksual mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – “Damailah kau di sana sayang dan tunggu ibu di syurga.” Demikian ungkapan dimuat naik di Facebook oleh ibu kepada bayi perempuan yang meninggal dunia disyaki akibat menjadi mangsa penderaan fizikal dan juga disyaki dirogol oleh suami kepada pengasuhnya.

Nur Muazara Ulfa Mohammad Zainal yang berusia 11 bulan atau panggilan manjanya, Zara meninggal dunia selepas dua hari bertarung nyawa di Hospital Serdang apabila dimasukkan ke hospital itu dalam keadaan tenat pada pukul 3.05 petang, Rabu lalu.

Kematian bayi pe­rempuan itu menarik perhatian seluruh masyarakat di negara ini selepas ibunya berkongsi nasib yang menimpa anaknya itu di laman sosial yang menjadi mangsa manusia ‘buas’ sebelum anaknya itu me­nemui aja, pada pukul 10.30 pagi Jumaat lalu.

Dalam kongsian terbaharu di Facebook kelmarin, ibu kepada bayi itu iaitu Noraihan Ab. Aziz, 22, mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan supaya anaknya kembali sembuh tetapi malangnya puteri keduanya itu tidak mampu bertahan.

Jenazah Zara dibawa pulang ke kampung halaman keluarganya di Rantau Panjang, Kelantan untuk urusan pengebumian kelmarin.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN