SERDANG – Seorang bayi lelaki berusia dua bulan mengalami lebam pada muka dipercayai akibat didera pengasuhnya dalam kejadian di sebuah flat berhampiran Taman Equine dekat sini baru-baru ini.
Memuatkan artikel berkaitan…
Kejadian terbongkar selepas ibu bayi yang berusia 27 tahun itu menemui kesan lebam pada muka anaknya sebelum mangsa dihantar ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan.
Difahamkan, ibu mangsa mengenali pengasuh berusia 22 tahun itu menerusi laman Facebook dan telah menghantar bayinya ke rumah wanita berkenaan yang terletak kira-kira tiga kilometer dari rumah mereka sejak 22 Oktober lalu.
Menurut ibu saudara mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Isha, 23, dia telah mengambil bayi berkenaan di rumah pengasuh pada pukul 4 petang 24 Oktober lalu.











