IPOH 26 Nov. – Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir menyifatkan tindakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) Perak yang meminta beliau membawa laporan audit kewangan dan dokumen berkaitan Perbadanan Menteri Besar (MB Inc.) pada sesi pendengaran awam hari ini sebagai satu perangkap. Ini kerana katanya, adalah menjadi satu kesalahan untuk beliau menyimpan mahupun memiliki sebarang dokumen rasmi kerajaan yang mana ia boleh didakwa di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972. “Saya menganggap ini sebagai perangkap, sebab itu saya memberi jawapan secara bertulis kepada pengerusi PAC bahawa saya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya