KUALA LUMPUR 11 Nov. – MOHD. RAMDAN PARMAN nekad untuk berniaga selepas menamatkan pengajiannya dari Universiti Otaga, New Zealand yang seterusnya membawa kepada penubuhan Nature Profusion Sdn. Bhd. pada 2009. Dengan berlatar belakangkan jurusan mikrobiologi, Mohd. Ramdan, 33, menemukan cara baharu untuk membasmi kuman dengan menggunakan dua bahan utama mesra alam iaitu ekstrak aloe vera dan teh hijau. Beliau kemudiannya menjalankan penyelidikan lanjut di bawah Program Pembangunan Usahawan Siswazah FRIM-MTDC…










