Bantu stabilkan harga sektor komoditi - Utusan Malaysia

Bantu stabilkan harga sektor komoditi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Nov.- Kerajaan perlu membantu menstabilkan harga getah dan sawit dengan cara menetapkan harga subsidi atau harga lantai bagi memastikan nasib pekebun kecil terbela terutama ketika musim tengkujuh.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Jufitri Joha berkata, ini kerana pada masa kini penoreh, pekebun serta semua yang terlibat dalam komoditi getah dan sawit kegelisahan berikutan penurunan harga bagi kedua-dua sektor tersebut.

“Kerajaan melalui agensi yang berkaitan seperti Lembaga Getah Malaysia (LGM) serta Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) harus memainkan peranan dalam menstabilkan harga terutama bagi kawasan Pantai Timur yang mengalami musim tengkujuh pada penghujung tahun.

“Antara tindakan awal kerajaan perlu membantu membuat penetapan harga subsidi atau harga lantai dalam memastikan nasib pekebun kecil terbela,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, kerajaan juga perlu menyediakan pelan-pelan sokongan bagi jangka masa panjang antaranya tanaman integrasi bersama tanaman komoditi bagi memastikan mereka yang terlibat dapat mencari rezeki sepanjang masa tanpa perlu bergantung kepada harga pasaran dunia. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN