TRAGEDI tanah runtuh di Cameron Highlands, Pahang dan di Bukit Kukus, Pulau Pinang baru-baru ini bukanlah kali pertama berlaku di Malaysia melibatkan kawasan lereng bukit. Di Cameron Highlands misalnya, aktiviti penerokaan hutan secara berleluasa untuk tujuan pertanian juga berlanjutan sejak sekian lama, dan dalam tempoh itu juga kita menyaksikan bencana alam seperti banjir lumpur dan tanah runtuh kerap kali berlaku. Walaupun telah banyak desakan daripada pelbagai pihak khususnya badan-badan bukan…










