Banjir:Satu PPS masih beroperasi - Utusan Malaysia

Banjir:Satu PPS masih beroperasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 15 Nov. – Hanya tinggal satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Batu Pahat berikutan banjir di kawasan berkenaan manakala satu lagi di daerah Kluang sudah ditutup malam tadi.

MAT ZIN BUJANG
MAT ZIN BUJANG 

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri, Kolonel (PA) Mat Zin Bujang berkata, PPS Dewan Kampung Kolam Air yang dibuka mulai 8 pagi kelmarin dan menempatkan 41 orang daripada sembilan keluarga di Kampung Kolam Air, Simpang Renggam dekat Kluang telah ditutup pukul 9.30 malam tadi.

“Sementara PPS Balai Raya Parit Jayus 4 yang dibuka mulai 3.30 petang kelmarin dan menempatkan 75 orang daripada 16 keluarga lagi dari Kampung Parit Jayus 3 dan 4, Seri Medan, dekat Batu Pahat masih dibuka setakat pukul 8 pagi ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mat Zin berkata, pemantauan berhubung banjir kini dilakukan oleh pelbagai agensi serta pejabat daerah masing-masing. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN